Isteri Amy Search Tampil Beri Kenyataan Balas


Isteri Amy Search iaitu Norhasniza Hassan atau nama panggilannya Nourish akui telah mennegking Yazit, seperti yang didakwa sebelum ini.

Namun begitu, tindakannya memarahi pemain dram kumpulan itu, Yazit Ahmad adalah demi mempertahankan Search selepas dituduh penipu.

Nourish yang juga pengurus kepada Amy berkata,tuduhan Yazit amat keterlaluan dan telah menyentuh maruah keluarganya.


Tambah Nourish, Yazit sebenarnya perlu berterima kasih dengan apa yang dilakukan oleh ahli kumpulan tersebut dan bukannya berdengki.

Ini komen Nourish:


PERTAHAN MARUAH

"Siapa-siapa pun yang memburukkan keluarga terutamanya suami, saya akan bertindak mempertahankan maruah keluarga kami.

"Yazit bukan sahaja memulakan pertengkaran tersebut malah menuduh suami saya penipu dan anggota Search yang lain sebagai pecah amanah.

"Saya tidak boleh tahan dan bertindak memarahi dia semula kerana bagi memberi kesedaran kepada dia tentang tuduhan tersebut salah," 

PATUT BERTERIMA KASIH BUKAN DENGKI

"Dia patut berterima kasih kerana kami bersengkang mata meeting sampai malam untuk urusan setiap persembahan dan biarpun dia tidak bersama kami tetap sediakan bahagian wang dia.

"Dia terima sama banyak dengan ahli lain dapat biarpun dia tidak sihat dan tidak boleh terlibat dengan persembahan tersebut," 

TAK KISAH DIKECAM

"Saya tidak kisah orang kecam saya, apa yang saya buat adalah untuk keluarga saya dan Search sendiri," 

Itulah kenyataan dari pihak isteri Amy sendiri tentang isunya menengking Yazit.

Sumber: mStar

0 Response to "Isteri Amy Search Tampil Beri Kenyataan Balas "

Post a Comment