Dato Vida Berhasrat Beli Saham Rayani Air, Inilah Komen Pekerja Rayani Air Yang Menusuk Kalbu!

Pengasas syarikat produk kecantikan dan kesihatan, Vida Beauty Sdn. Bhd., Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman sedang mengintai peluang untuk membeli saham syarikat penerbangan patuh syariah, Rayani Air. Malah, berita ini tersebar meluas di media sosial. 

Namun, inilah respon seorang pekerja Rayani Air yang menyarankan Dato Vida jangan sekadar cakap kosong sahaja dan mengambil serius berkenaan isu ini. 
"Isu Rayani Air ketika ini adalah sesuatu yang serius untuk ditangani. Ia bukan main-main. Vida perlu adakan perbincangan serius dengan Rayani Air sekiranya bercadang membeli saham Rayani Air, bukan mencari populariti,” katanya.
Pekerja yang enggan dikenali itu berkata, Hasmiza yang lebih popular sebagai Dato Vida perlu membuktikan mengenai hasratnya untuk membeli saham Rayani Air.


Sementara itu, Pengurus Stesen Rayani Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Zulkalnain Azdan mempersoalkan sejauh mana kebenaran usahawan itu untuk membeli saham berkenaan, tanpa melihat dari segi prospek keuntungan dan populariti semata-mata.

Dato Vida Ingin Beli Saham Rayani Air, Inilah Komen Pekerja Rayani Air Yang Menusuk Kalbu!

Jika benar, Zulkalnain yang mewakili sejumlah kakitangan Rayani Air berkata, Vida seharusnya meneliti hasrat tersebut secara meluas, bukan sahaja potensi dalam industri penerbangan tetapi juga urusan berkaitan operasi dan kakitangan.
“Rayani Air ketika ini mengalami masalah dana. Vida perlu tahu keuntungan, kerugian, hutang dan aset Rayani Air.
“Ini termasuk tunggakan gaji 400 pekerja selama dua bulan berjumlah kira-kira RM3 juta. Sekarang ini dah nak hampir tiga bulan gaji tertunggak,” tegas Zulkalnain sambil menambah aspek lain yang perlu diteliti adalah mengenai bayaran balik tiket penerbangan kepada penumpang akibat penggantungan operasi.
Pada 11 April lalu, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengeluarkan arahan penggantungan sementara Sijil Operator Udara Rayani Air selama tiga bulan.

Tambah Zulkalnain, kebajikan pekerja merupakan aspek penting bagi mana-mana pelabur yang mahu mengambil alih atau membeli sebahagian saham Rayani Air.
“Pekerja diperlukan untuk syarikat beroperasi semula. Dan nasib pekerja Rayani Air ketika ini ibarat ‘digantung tidak bertali’ tanpa gaji selama dua bulan.
“Jika Vida benar-benar ikhlas mahu beli saham Rayani Air, fikirkan juga periuk nasi kami.... dengan bulan puasa dan Hari Raya yang semakin hampir,” katanya.
Beliau bagaimanapun berkata, hasrat Vida itu dapat membantu memulihkan persepsi masyarakat terhadap imej Rayani Air sebagai syarikat penerbangan patuh syariah yang dilanda dengan pelbagai masalah dan kontroversi.

Dato Vida Ingin Beli Saham Rayani Air, Inilah Komen Pekerja Rayani Air Yang Menusuk Kalbu!
“Oleh itu, saya menyarankan supaya Vida dapat mengadakan perbincangan bersama pemilik Rayani Air. Adalah lebih baik sekiranya Vida turut dapat mengadakan pertemuan berkenaan dengan kakitangan syarikat penerbangan ini,” ujar Zulkalnain.
Dikhabarkan Dato Vida sedang merancang pertemuan dengan Ravi berkenaan isu ini dan mungkin pertemuan tersebut akan diadakan di sebuah lokasi di Kuala Lumpur. Apapun, kita nantikan hasil pertemuan tersebut. 

0 Response to "Dato Vida Berhasrat Beli Saham Rayani Air, Inilah Komen Pekerja Rayani Air Yang Menusuk Kalbu!"

Post a Comment