Mohamad Aidil Zakuan Diarah Bayar RM68,530


Shah Alam, 26 Apr: Pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zakuan diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah hari ini untuk membayar nafkah tertunggak berjumlah RM68,530 kepada bekas isterinya, Rita Rudaini Mokhtar.

Hakim, Mawardi Che Man juga memerintahkan pemain pertahanan pasukan bola sepak JDT itu membayar kos guaman yang ditanggung Rita sepanjang prosiding perbicaraan kes berkenaan.

Aidil, 29, diarahkan membayar kedua-dua jumlah tersebut dalam tempoh 45 hari bermula hari ini. - Siakapkeli.my

0 Response to "Mohamad Aidil Zakuan Diarah Bayar RM68,530"

Post a Comment