Pemain dram kumpulan Search iaitu Yazid telah membuat laporan polis selepas didakwa ditengking dan dimaki oleh isteri Amy Search, Norhasniza Hassan hanya kerana Yazid bertanyakan tentang bayaran yang sepatutnya beliau terima ketika terlibat didalam Konsert 35 Tahun Search baru-baru ini.
Saya juga telah menerima panggilan telefon daripada Norhasniza (isteri kepada Amy) memaki dan menengking kepada saya apabila saya bertanyakan mengenai bayaran yang sepatutnya saya dapat. Antara makian yang dilemparkan kepada saya seperti – “kau tu dah tua, sakit nak mampus.”
Laporan tersebut dibuat oleh Yazid di Balai Polis Wangsa Maju pada petang Rabu lepas (4 Mei 2016). Dalam laporan itu juga, Yazid turut mendakwa berlakunya pecah amanah kerana tidak mendapat bayaran Konsert 35 Tahun Search serta beberapa lagi persembahan lain sebelum ini.
Yazid mendakwa telah ke pejabat penganjur Konsert 35 Tahun Search, AF Jet Sdn. Bhd. untuk berbincang mengenai konsert. Namum, beliau agak terkejut apabila diberitahu jumlah bayaran RM75,000 telah dibayar kepada kumpulan Search pada Disember 2015, sedangkan Yazid tidak pernah menerima apa-apa bayaran bermula tarikh tersebut sehinggalah ke hari ini.
Tambah Yazid, pengurus AF Jet memaklumkan pembayaran kepada Yazid sepatutnya diuruskan oleh anggota Search sendiri.
Yazid menderita beberapa penyakit seperti sakit jantung, kencing manis dan sakit buah pinggang dan memerlukan sejumlah wang yang agak banyak untuk menampung kos rawat lain serta kos mencuci buah pinggang beliau sebanyak empat kali sehari.
Kami tidak sangka juga bahawa isteri Amy Search boleh mengeluarkan kata-kata kasar seperti itu. Bagaimana pula dengan ahli Search yang lain? Mereka tidak tahu ke tentang kes ini. Hmmpph, betul kata orang bila tengah popular semua orang akan sanjung bila sudah sakit dan memerlukan baru kita tahu siapa kawan kita yang sebenarnya.
0 Response to "Yazid Search Buat Laporan Polis Dimaki Tua Sakit Nak Mampus Ketika Tanya Tentang Bayaran Konsert"
Post a Comment