Rekaan Pakaian Raya Tanpa Baju, Pereka Fesyen Tampil Jawab Tentang Rekaannya


SHAH ALAM: Berikutan kontroversi rekaaan baju raya yang telah dikritik teruk oleh netizen sebelum ini, pereka fesyen terlibat, Anuar Faizal hari ini tampil menjelaskan tentang kontroversi tersebut.

Memetik laporan Sinar Harian, Anuar memberitatu bahawa tujuan peragaan pakaian tersebut dengan tidak memakai baju adalah bagi menunjukkan kepada penonton rekaan samping dan seluarnya dengan lebih jelas.

Menurut Anuar lagi, sebenarnya samping berwarna mustard tersebut yang menjadi bahan kritikan netizen adalah dijual satu set bersama baju dan seluar, bukannya hanya bersamping di pagi raya.

"Tujuan model tidak berbaju adalah untuk menunjukkan rekaan 'instant sampin' supaya pembeli di luar sana dapat mengetahui bagaimana samping ini berfungsi.

"Gambar (hanya) berseluar adalah untuk menunjukkan rekaan seluar kami yang 'slimfit', lengkap bersama dua poket di kiri dan kanan serta menggunakan getah di belakang agar memudahkan pergerakan sewaktu solat.

"Ini adalah kerana bila dipakaikan dalam set lengkap, ramai pembeli beranggapan seluar kami tidak fleksibel untuk solat di pagi Aidilfitri," katanya.

BACA: Netizen Kecam Peragaan Baju Melayu Tanpa Baju

Disebalik kritikan itu, Anuar menyatakan di menghargai segala respons yang diberikan netizen terhadap rekaannya itu.

"Saya bersyukur ramai netizen di luar sana yang matang dan dapat menilai perkara ini dari sudut yang positif.

"Untuk berdaya saing maju di peringkat global, saya rasa pemikiran di tahap lama perlu diubah dan  dinaiktarafkan agar pereka tempatan dapat menempa tempat di persada antarabangsa," katanya.

Sebelum ini, kecoh di laman sosial selepas majlis pertunjukan fesyen 'An EIDvening with ANUARFAIZAL: Unveiling the Eid Collection for Men' yang berlangsung 23 April lalu menjadi viral di laman sosial di mana rata-rata netizen mengecam tindakan peragaan pakaian raya hanya berseluar atau bersampin. - Siakapkeli.my

0 Response to "Rekaan Pakaian Raya Tanpa Baju, Pereka Fesyen Tampil Jawab Tentang Rekaannya"

Post a Comment