Jika anda masih ingat, kecoh satu ketika dahulu apabila seorang Mak Nyah mengambil keputusan untuk memakai tudung setelah mengalami kemalangan jalan raya yang dikatakan cukup menginsafkan dirinya. Beliau dikenali sebagai Nur Sajat dan agak terkenal di laman sosial media Instagram. Bagaimanapun beliau hanya berpernampilan seperti itu dalam jangka masa yang pendek dan kembali pada imej lamanya yang seksi.Dalam satu posting Instagram, Nur Sajat mendedahkan segala galanya.
Sejarahku penuh liku liku kehidupan,dengan usia ku yang kini mencecah 31thn ini,aku amat bersyukur di beri rezeki yang halal dan diberi dua cahaya mata yang sangat comel iaitu Nur syaza sajidah dan Muhammad syahmi,walaupun anak istimewa ini bukan lah anak kandung aku,tapi kasih sayang dan tanggungjawab ku pada anak anak istimewa ini tak pernah ku abaikan kasih sayang yang tak membelah bahagi.....
Kehidupan ku bermula sejak ku dilahirkan pada tahun 1985,ayah ku dahulu seorang tentera laut malaysia(Navy) dan mak ku seorang pembantu makmal,ku dilahirkan di hospital lumut perak,di situ bermula lah sejarah ku bermula....pada jam 10.30am,ku dilahirkan.....dokter,nurse dan ayah ku,terkejut dengan kelahiran ajaib ku...aku(sajat) mempunyai 2 kemaluan...time tu semua panik dan ayah dan mak ku tak tahu nak buat apa.....
Mak sajat pernah cakap kat sajat,masa sajat bayi,air susu tetek mak terjatuh kat kemaluan sajat,bila mak sedar,cepat2 mak lap... ORANG ORANG TUA PERNAH CAKAP,kalau air susu ibu jatuh kat kemaluan anak,nanti nafsu batin nya akan lemah.... Nak buat macam mana,mungkin ini semua dah tertulis tentang kehidupan ku....
Time tu ayah dan mak cuba membesarkan ku dengan didikan cara anak lelaki,tapi time tu aku kecil,aku memang tak suka buat benda2 berat,aku lebih gemar membuat kerja kerja seperti wanita... Suka kemas rumah,tolong mak memasak didapur,suka main main pondok2...
Tapi time tu aku ingat benda ini semua nampak normal.... Masa aku nak masuk sekolah tadika,aku takut nak masuk kelas,fikirkan macam mana dengan keadaan ku,yang tak normal..paling aku risau,nak masuk tandas,aku tak nak kawan2 aku tahu aku ini ada 2 kemaluan...nanti orang kata aku cacat..sampai aku sanggup tahan kecing aku dari pagi sampai tengahari tau..biar lah aku melepas kat rumah...sampai lah satu tahap,aku kena batu karang dan kencing berdarah pada usia 6thn kerana kerap tahan kencing...
Kehidupan sebagai KHUNSA ini berbeza dengan orang normal...saya akan kongsi lagi cerita saya pada anda...CERITA TENTANG NUR SAJAT RAHSIA KELUARGA SAYA SELAMA INI...saya simpan selama 31thn..cukup2 lah anda diluar sana menghentam saya...
0 Response to "Pengakuan Berani Mati Nur Sajat Dilahirkan Sebagai Khunsa"
Post a Comment