4 Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Menjadi Seorang Lelaki Yang Lebih Awesome

Menjadi seorang lelaki bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi jika anda sudah berkahwin dan mempunyai anak. Sungguh besar tanggungjawab seorang lelaki sebagai suami dan ayah. Kalau masih bujang tak perlu nak risau sangat sebab hanya perlu jaga diri sendiri. Namun bila dah ada isteri dan anak-anak, it’s totally a different world (amboi speaking).
alicafe
Abang Nara, isteri dan anak-anak
Berdasarkan pengalaman Abang Nara setelah berkahwin selama 5 tahun dan memiliki 3 cahaya mata, menjadi lelaki bukan bermakna kerja kita sekadar mencari duit untuk keluarga tercinta. Banyak lagi benda lain yang perlu dilakukan.Jika anda seorang lelaki, ini ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk menjadi seorang lelaki yang lebih baik.
1. Bawak family tercinta bercuti setahun sekali
alicafe
Tahun ini Abang Nara ada bajet lebih sikit so bawaklah isteri dan anak-anak ke Paris. Tak semestinya kena bercuti ke luar negara. Contohnya tahun lepas Abang Nara bawak diorang pergi Langkawi. Seronok jugak. Yang penting masing-masing dapat luangkan masa bersama-sama. Cuma kalau anak masih kecil tue, nasihat Abang Nara takyahlah bawak jalan jauh-jauh. Penat beb layan kerenah diorang. Hehehe.

2. Bawak anak-anak main luar di waktu petang
alicafe
Benda ini memang nampak simple tetapi ia amat menyeronokkan untuk anak-anak. Tak kiralah bawak pergi taman permainan ke, bawak main buih depan rumah ke atau pergi main tendang-tendang bola. Yang penting petang-petang bawaklah mereka keluar. Hirup udara segar. Tapi sekarang ini suhu tengah panas membara, jadi kena berhati-hati sikit. Jangan sampai anak-anak demam.

3. Ambil minuman berkhasiat

alicafe
Setiap pagi sebelum memulakan hari anda, minumlah Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng 5 dalam 1 yang berperisa lebih pekat atau karamel ini untuk memastikan tenaga anda mencukupi sepanjang hari. Kandungan di dalamnya mengandungi khasiat Tongkat Ali dan Ginseng yang membantu mengekalkan fokus minda, juga menguatkan tubuh badan. Tak adalah bila anak-anak ajak main kita asyik cakap penat je. Balik kerja petang-petang pun masih bertenaga untuk menghiburkan anak-anak. Malam pulak ada tenaga untuk isteri tercinta. Aum!!! Minumlah secawan setiap hari untuk tenaga yang mencukupi.
4.Buat kejutan untuk isteri tercinta
Selain daripada menolong isteri membuat kerja rumah, memasak, lipat kain dan sebagainya, sekali sekala kenalah buat kejutan untuknya. Bukan apa, bila lama dah kawin ini, kita akan take for granted hubungan tersebut. Setahun sekali belikan bunga untuk si dia yang kita cintai apa salahnya kan?
alicafe
Itu sahaja tips-tips simple daripada Abang Nara. Pasti ramai lagi lelaki, suami dan ayah di luar sana yang mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk menjadi seorang insan yang lebih baik. INgatlah bahawa kita sebagai lelaki melengkapi hidup isteri dan anak-anak. Kesihatan kena jaga, tenaga kena sentiasa ada dan kena sentiasa ceria. Selamat menjadi seorang lelaki yang lebih awesome.

0 Response to "4 Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Menjadi Seorang Lelaki Yang Lebih Awesome"

Post a Comment