Kehidupan Shahz Jaszle Kini Berubah Demi Anak

Kehidupan Shahz Jaszle Kini Berubah Demi Anak

Shahz CoverShahz Cover
Gara-gara kes khalwat yang pernah menerjah dalam kehidupan pelakon Shahz Jaszle, nampaknya karier seninya semakin merundum. Shahz yang telah bernikah dengan Hanis Husna pada 1 Mei tahun lalu kini dikurniakan seorang cahaya mata sulung perempuan yang comel.
Shahz 2
Shahz akui sejak ahli keluarganya bertambah, tanggungjawabnya semakin banyak dan dia perlu berubah demi kehidupan keluarganya.
“Alhamdulillah keluarga saya bertambah bahagia selepas isteri selamat melahirkan anak sulung perempuan. Sepanjang itu banyak perubahan yang berlaku pada diri saya seperti komitmen saya semakin tinggi.”
Shahz 3
Disebabkan isterinya kini tidak bekerja, Shahz perlu bekerja keras demi menyara keluarganya.
“Saya kena kerja kuat untuk menyara keluarga, tambah-tambah lagi apabila isteri sudah tidak bekerja lagi.”
Shahz yang kini kelihatan tampak berisi ketika hadir pada malam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2016 semalam, dia akui bahawa dia berisi kerana dia makin bahagia.
“Saya naik badan 5kg dari 75kg ke 80kg dan dalam masa yang sama saya sedang berdiet semula untuk memenuhi tuntutan tawaran berlakon.”
Shahz 1
Shahz kini sibuk dengan pengambaraan drama slot Akasia yang bertajuk Cinta Masam Manis. Apapun, semoga karier seni Shahz semakin berkembang. Perkara yang lepas jangan dikenang lagi.

0 Response to "Kehidupan Shahz Jaszle Kini Berubah Demi Anak"

Post a Comment